Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kembara Buku 1 Malaysia

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Lalang merupakan salah satu antara 11 buah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan yang terpilih mengikuti Program Kembara Buku 1 Malaysia.  Seramai 2 orang guru dan 8 orang pelajar telah mengikuti program tersebut yang berlangsung selama 3 hari bermula 26 Oktober 2010 hingga 28 oktober 2010 bertempat di BTP, Kedah.  Program ini adalah anjuran bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.

Antara aktiviti yang diikuti oleh para pelajar adalah aktiviti info hunt, di tiga lokasi terpilih iaitu kilang MODENAS, Tanjung Dawai dan Muzium Padi, Gerak Gempur Galakan Membaca, Kuiz Galakan Membaca dan Resensi Buku bersama penulis.  Sementara itu, guru-guru pula telah mengikuti kursus pendek Pengenalan Penterjemahan dan Penulisan Buku.

Perasmian penutupan telah berlangsung di Dewan Al-Farabi, BTPN Kedah yang telah disempurnakan oleh Hj Abdullah B Saad, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.  Pada Majlis ini juga, En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL dan 10 lagi Guru Besar/Pengetua sekolah yang terlibat menerima sumbangan berupa buku dari MBKM yang di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Peserta Kembara Buku bersama guru pengiring.















Pengenalan Penterjemahan oleh Cik Nur Idatul  Akmal Bt Zulkipli,
Pusat Penterjemahan Negara.

Penulisan buku didamapaikan oleh En. Hassan Basri Budiman.


Cepat jawab!



Kuiz cepat jawab.


Tekun mendengar dan menjawab soalan kuiz.

Bergambar bersama En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL.

Bagi pihak sekolah, Jawatankuasa Pusat Sumber Al-Ghazali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dalam program ini.  Terima kasih.



Rabu, Oktober 13, 2010

Kemaskini data i-nilam.

NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu program oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam langkah untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar.  Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca, program ini memberikan ganjaran yang setimpal kepada pelajar berdasarkan jumlah bacaan mereka.

Bagi sesi persekolahan 2010, data NILAM perlu dikemaskini secara online oleh guru-guru NILAM, iaitu guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  menggunakan program IQPSS, Tarantula sebelum 14.10.2010.  Dengan jumlah pelajar seramai 2092 orang pelajar, guru-guru NILAM disekolah ini telah menjalankan tugas mereka dengan penuh komited dan kerjasama.  Sehingga kini, rekod bacaan murid telah dikemaskini sehingga bulan September.  Pengurusan Pusat Sumber Al-Ghazali dan juga Setiausaha NILAM merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

"Membaca Amalan Saya"