Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, November 24, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Pada 12 dan 13 November 2010, satu Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan.  Perkhemahan yang diketuai oleh En. Suhaimie B Shihabudin selaku Kem Komandan ini telah disertai oleh seramai 100 orang pelajar tahun 6 dari 4 unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM dan juga Puteri Islam.  Semua peserta telah diiringi oleh guru penasihat masing-masing.  Aktiviti bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 4.00 petang dan diikuti oleh taklimat khas oleh Kem Komandan.  Seterusnya para peserta telah memasang dan mendirikan khemah masing-masing di kawasan padang sekolah sebelum mengikuti solat berjemaah dan juga ceramah agama yang disampaikan oleh tetamu jemputan.  Sebelum tidur, para peserta telah menikmati suasana malam dalam keadaan gelap gelita dalam aktiviti "Burung Hantu".  Seawal 4.00 pagi, peserta telah dibangunkan untuk mengikuti Qiamulai sebelum solat subuh.  Selepas bersarapan, para peserta telah menjalani latihan kawad kaki dan diadili oleh para pengadil sejam kemudian.  Para peserta juga telah belajar menyediakan masakan secara perkhemahan, rawatan kecemasan dan "Ikhtiar Hidup" sebelum perkhemahan tamat.  Pemenang keseluruhan perkhemahan telah dimenangi oleh kumpulan TKRS.  Aktiviti perkhemahan telah tamat pada jam 6.00 petang dan para peserta telah bersurai.  Tahniah diucapkan kepada ahli jawatan kuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2010 dan juga para peserta kerana telah menjayakan perkhemahan pada kali ini.
Pendaftaran peserta di meja urusetia.














Taklimat oleh Kem Komandan.


Memasang dan mendirikan khemah.


















Solat berjemaah dan bacaan yasin.
Aktiviti burung hantu.














Latihan dan pertandingan kawad kaki.
Aktiviti memasak.















Rawatan kecemasan.

Ikhtiar hidup.















Peserta perkhemahan.




Sabtu, November 13, 2010

Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Pada hari Khamis, 11 November 2010, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan.  Sehubungan itu, satu majlis telah diadakan untuk mengumumkan keputusan dan pencapaian pelajar dalam UPSR oleh En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL.  


Jamuan PSS

Jamuan Akhir tahun Pusat Sumber Al-Ghazali telah diadakan pada hari Isnin, 8 Oktober 2010. Bertempat di Pusat Sumber Al-Ghazali, semua guru dan pengawas pusat sumber telah dijemput.  Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk meraikan semua pengawas pusat sumber yang telah bekerja keras sepanjang tahun menjalankan operasi di puast sumber.  Di samping itu, majlis ini juga untuk meraikan ahli jawatankuasa kerja dan juga semua guru yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.  Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pengawas pusat sumber.

Selasa, November 02, 2010

Undangan ke Jamuan Akhir Tahun PSS.

Pusat Sumber Al-Ghazali


Undangan.....
Assalammualaikum...

Bukan lancang sebarang lancang,
Lancang membawa si kayu jati;
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat dihati.

Lancang tua muatan jerami,
Lancang beratap laksamana Bugis;
Jemput semua ke majlis kami,
Majlis ditetap bagai ditulis.

Isnin, 8 November 2010,
11.30 pagi - 1.30 petang,
Pusat Sumber Al-Ghazali, SKBBSL.

Lancang kami di Tanjung Jati,
Singgah tadi memunggah serai;
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Ahli jawatankuasa,
Pusat Sumber Al-Ghazali.