Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Ahad, Mac 27, 2011

1 Keluarga 1 Buku

Kotak pengumpulan buku
Program 1 Keluarga 1 Buku.


Program 1 KELUARGA 1 BUKU adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dengan melibatkan pihak PIBG dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada.

Matlamat -  Meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan mencapai nisbah ideal pelajar dan buku 1:15.

Objektif :
·        Mengumpulkan pelbagai jenis bahan bacaan,
·        Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar.
·        Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber, dan
·        Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber.

            Program 1 Keluarga 1 Buku adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada para pelajar yang ramai.  Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku.  Di samping itu juga, buku-buku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang.  Oleh itu, Pusat Sumber akan berusaha mengumpulkan bahan bacaan berbentuk buku baru daripada semua waris pelajar SKBBSL.  Setiap waris digalakkan menderma sekurang-kurangnya sebuah buku baru untuk kegunaan semua pelajar SKBBSL.  Makluman tentang perlaksanaan program telah diberikan kepada waris sebelum Mesyauarat Agung PIBG, SKBBSL diadakan dan proses pengumpulan buku akan bermula secara rasminya pada hari Mesyuarat Agung PIBG, SKBBSL 2011.  Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masing-masing.  Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh para pelajar.  Langkah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekolah dan waris.  Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
Taklimat Program 1 Keluarga 1 Buku kepada waris disampaikan
oleh Pn Sakdah Bt Zakaria
 GPM Pusat Sumber Al-Ghazali


Pelancaran Program oleh En. Zawawi B Wahab -
YDP PIBG SKBBSL.


En. Che Rosli B Ibrahim - Guru Besar SKBBSL turut
menyampaikan sumbangan.

Pusat Sumber Al-Ghazali merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG, Guru dan juga waris yang menyokong dan menjayakan program ini.