Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Khamis, Mei 12, 2011

Lagu dan Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Isnin, 16 Mei 2011 - sekali lagi warga guru akan diraikan dalam sambutan yang dinanti-natikan di seluruh negara.  Di semua sekolah di seluruh pelusuk tanah air akan berkumdangnya ikrar guru dan juga semangat "Guru Malaysia".  Pada tahun ini, bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara adalah menepati dasar kerajaan melalui gagasan 1 Malaysia dengan slogannya 1 Malaysia Menjana Transformasi, maka para guru juga tidak terkecuali untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara.  Malahan warga guru sentiasa bersedia pada bila-bila masa sebagai ejen perubahan yang akan melaksanakan dasar pendidikan negara kita.  Walau pun ia sebenarnya merupakan satu tugas yang amat berat untuk dipikul, para guru harus kuat, cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran dunia pendidikan kini.  Hanya dengan kecekalan, kesabaran dan keimanan sahaja matlamat ini dapat dicapai.  Semoga, dengan tanggungjawab besar yang diamanahkan ini, profesion keguruan pada hari ini akan kembali dihormati dan martabatnya kembali di angkat dan diletakkan di tempat yang sewajarnya.


LAGU TEMA:


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM



IKRAR GURU MALAYSIA.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan





Tema Hari Guru semenjak 1972.


1972 - Peranan Guru DalamPembangunan Negara.
1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan.
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi.
1975 - Guru Dalam Pembangunan Negara.
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan.
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan.
1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang.
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya.
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara.
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat.
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu.
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan.
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan.
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan.
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme.
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan.
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca.
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu.
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera.
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang.
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan.
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan.
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan.
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan.
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia.
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari.
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama.
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang.
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan.
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama.
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara.
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara.
2004 - Guru Berkualiti Pemangking Kegemilangan.
2005 - Guru Berkualiti Pemangking Kegemilangan.
2006 - Pendidikan Bestari Pemangking Kegemilangan.
2007 - Guru Penjana Modal Insan.
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang.
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa.
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa.
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Perutusan KPPM sempena Hari Guru 2011