Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, Mac 20, 2013

Pameran Buku

Pameran Buku

Pameran buku ini telah diadakan bersempena dengan Minggu PSS pada 25 Julai hingga 31 Julai 2010. Syarikat Alim Harmony, Legenda Heights, Sungai Petani telah memberikan sumbangan dalam menjayakan pameran ini. Terima Kasih.

Majlis Persaraan Puan Rohimah

Majlis Persaraan Puan Rohimah

Pada 6 Mei 2010, satu majlis telah diadakan untuk meraikan Puan Rohimah Bt Tujin yang akan bersara pada 11 Mei 2010. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Guru Besar dari PKG Bukit Selambau, Wakil daripada PKG Bukit Selambau, AJK PIBG dan seluruh warga SKBBSL. Dalam Majlis tersebut, Puan Rohimah telah menerima hadiah dan cenderamata dari seluruh warga SKBBSL selepas memotong kek sempena persaraan dan juga hari lahir beliau yang ke 56. Selepa menekan kekunci tamat perkhidmatan beliau pada hari tersebut, Puan Rohimah telah di arak kelua menaiki kenderaan berhias sambil melambaikan tangan sebagai tanda selamat tinggal kepada seluruh warga SKBBSL. Pada waktu petang pula, Puan Rohimah telah diraikan dalam satu jamuan ringan bertempat di SP INN oleh seluruh kakitangan sekolah. Semua warga SKBBSL mendoakan semoga Puan Rohimah sentiasa sihat, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta meneruskan perjuangan beliau dalam mendidik anak bangsa. Selamat bersara diucapkan kepada Puan Rohimah. Terima Kasih Cikgu!


Jumaat, Mac 15, 2013

Sihat bersama Koko-crunch...

Pada hari Rabu, 6 Mac 2013, Unit Promosi Koko Krunch telah pun datang ke SKBBSL untuk mengedarkan sample koko krunch percuma kepada semua pelajar SKBBSL






























Terima kasih daun keladi, nanti Nestle datang lah lagi.... :):):)

Hoki 2013

Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki sekolah di atas pencapaian Gangsa peringkat Daerah Kuala Muda/Yan.

Pasukan Lelaki : Naib Johan Kumpulan.
Pengurus : En. Rosaini B Mad Noor.
Jurulatih : En Seberi B Ismail

Pasukan Perempuan : Gangsa Peringkat Daerah.
Pengurus : Pn Sakdah Bt Zakaria.
Jurulatih : En Suhaimi B Shihabudin.





























Lebih membanggakan lagi apabila seramai 5 orang mrurid SKBBSL telah dipilih untuk mewakili Daerah KMY ke peringkat Negeri Kedah.  Semoga kecemerlangan ini berterusan.