Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Ahad, September 11, 2011

Jemputan Ke Hari Terbuka SKBBSL

Acara  :  Hari Terbuka SKBBSL
Hari  :  Ahad
Tarikh :  25 September 2011
Masa  :  8.30 pagi - 3.30 petang
Tempat  :  Padang dan Dataran SK Bandar Baru Sg. Lalang, 08000 Sg. Petani, Kedah.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Terbuka SKBBSL 2011.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan :

  • Gerai jualan
  • Pameran dan jualan buku
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Persembahan Pakaian Beragam
  • Pertandingan mewarna
  • Rumah Hantu
  • Tayangan Filem
  • Meneka berat buku
  • "Bouncing Castle"
  • "Yo-yo Car"
  • Demonstrasi Pasukan Bomba dan Penyelamat
Pameran/Promosi/Jualan oleh :
  • NAZA
  • Pejabat Kesihatan
  • Bomba dan Penyelamat
  • Bank Rakyat
  • FAMA
  • Takaful Malaysia
  • AL-Baghdadi Training Centre
  • Jamilah Optometris
  • Pengkalan Iman
  • K-Link
  • D'armini Spa
Rebut peluang memenangi cabutan bertuah!!!!
Bersama kita berkongsi ilmu dan maklumat!

Khamis, Mei 12, 2011

Lagu dan Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Isnin, 16 Mei 2011 - sekali lagi warga guru akan diraikan dalam sambutan yang dinanti-natikan di seluruh negara.  Di semua sekolah di seluruh pelusuk tanah air akan berkumdangnya ikrar guru dan juga semangat "Guru Malaysia".  Pada tahun ini, bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara adalah menepati dasar kerajaan melalui gagasan 1 Malaysia dengan slogannya 1 Malaysia Menjana Transformasi, maka para guru juga tidak terkecuali untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara.  Malahan warga guru sentiasa bersedia pada bila-bila masa sebagai ejen perubahan yang akan melaksanakan dasar pendidikan negara kita.  Walau pun ia sebenarnya merupakan satu tugas yang amat berat untuk dipikul, para guru harus kuat, cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran dunia pendidikan kini.  Hanya dengan kecekalan, kesabaran dan keimanan sahaja matlamat ini dapat dicapai.  Semoga, dengan tanggungjawab besar yang diamanahkan ini, profesion keguruan pada hari ini akan kembali dihormati dan martabatnya kembali di angkat dan diletakkan di tempat yang sewajarnya.


LAGU TEMA:


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM



IKRAR GURU MALAYSIA.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan





Tema Hari Guru semenjak 1972.


1972 - Peranan Guru DalamPembangunan Negara.
1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan.
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi.
1975 - Guru Dalam Pembangunan Negara.
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan.
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan.
1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang.
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya.
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara.
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat.
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu.
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan.
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan.
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan.
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme.
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan.
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca.
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu.
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera.
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang.
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan.
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan.
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan.
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan.
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia.
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari.
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama.
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang.
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan.
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama.
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara.
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara.
2004 - Guru Berkualiti Pemangking Kegemilangan.
2005 - Guru Berkualiti Pemangking Kegemilangan.
2006 - Pendidikan Bestari Pemangking Kegemilangan.
2007 - Guru Penjana Modal Insan.
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang.
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa.
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa.
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Perutusan KPPM sempena Hari Guru 2011

Ahad, Mac 27, 2011

1 Keluarga 1 Buku

Kotak pengumpulan buku
Program 1 Keluarga 1 Buku.


Program 1 KELUARGA 1 BUKU adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dengan melibatkan pihak PIBG dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada.

Matlamat -  Meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan mencapai nisbah ideal pelajar dan buku 1:15.

Objektif :
·        Mengumpulkan pelbagai jenis bahan bacaan,
·        Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar.
·        Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber, dan
·        Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber.

            Program 1 Keluarga 1 Buku adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada para pelajar yang ramai.  Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku.  Di samping itu juga, buku-buku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang.  Oleh itu, Pusat Sumber akan berusaha mengumpulkan bahan bacaan berbentuk buku baru daripada semua waris pelajar SKBBSL.  Setiap waris digalakkan menderma sekurang-kurangnya sebuah buku baru untuk kegunaan semua pelajar SKBBSL.  Makluman tentang perlaksanaan program telah diberikan kepada waris sebelum Mesyauarat Agung PIBG, SKBBSL diadakan dan proses pengumpulan buku akan bermula secara rasminya pada hari Mesyuarat Agung PIBG, SKBBSL 2011.  Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masing-masing.  Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh para pelajar.  Langkah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekolah dan waris.  Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
Taklimat Program 1 Keluarga 1 Buku kepada waris disampaikan
oleh Pn Sakdah Bt Zakaria
 GPM Pusat Sumber Al-Ghazali


Pelancaran Program oleh En. Zawawi B Wahab -
YDP PIBG SKBBSL.


En. Che Rosli B Ibrahim - Guru Besar SKBBSL turut
menyampaikan sumbangan.

Pusat Sumber Al-Ghazali merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG, Guru dan juga waris yang menyokong dan menjayakan program ini.


Selasa, Januari 25, 2011

Watikah pelantikan Pengawas Sekolah

Bacaan doa oleh Amirul Ashraf B Abd Ghani.

Nyanyian lagu Negaraku.

Ketua Pengawas - Mohamad Aizart B Rosli.

Penolong Ketua Pengawas - Marlia Liana Bt Razali.

Bacaan ikrar.


Isnin, Januari 03, 2011

Kembali ke sekolah - 2011

Persekolahan 2011 telah bermula.   Satu perhimpunan telah diadakan pada pagi 3 Januari 2011, hari pertama persekolahan.  Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahman B Mansor, diikuti dengan ucapan ketua guru bertugas, En Zainuddin B Hussein.  Seterusnya En. Che Rosli B Ibrahim guru besar SKBBSL telah menyampaikan ucapan aluan pembukaan sekolah 2011.  Terdahulu, para waris telah melakukan persediaan awal membeli buku-buku latihan di kedai buku bersekolah bermula 20 Disember hingga 30 Disember 2010.  Bayaran yuran juga telah dibuat kepada guru kelas masing-masing mengikut kadar yang telah ditetapkan pada hari Khamis, 30 Disember 2010.  Program Transisi dan pendaftaran pelajar tahun 1 pula telah diadakan pada hari Sabtu, 1 Januari 2011.  Hari pertama persekolahan telah berjalan lancar dan proses pembelajaran juga telah berjalan mengikut jadual.  Beberapa pendaftaran pelajar baru telah dibuat di ruang legar sekolah.  Semoga, azam dan semangat tahun baru untuk mencapai kecemerlangan berterusan akan terus menjadi matlamat semua warga SKBBSL.

Para pelajar dan guru mengaminkan bacaan doa.