Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

SKBBSL


PROFIL SEKOLAH




 Nama Sekolah                        :  SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG
           
 Gred                                      :  B      

Kod Sekolah                          :KBA 3047                            

Kategori                                : Luar Bandar                                                            

Tarikh Ditubuhkan                 : 01 Januari 2001                                                            

Alamat                                 : 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.                                                                            

Moto Sekolah                       :  KECEMERLANGAN PENDIDIKAN            

E-Mel                                   :  skbandarbaru.ppdkmy@gmail.com                                                    
                                                   
Nama Guru Besar                 :  En. Zulkefli B Isa.
                                                            
Nama Penolong Kanan        :                                                                            

       i.  Pen. Kanan 1                         : En. Zolkkifli B Ismail                                                  
       ii.  Pen. Kanan HEM                 :  En. Azhar B Abdul Aziz                                    
       iii. Pen. Kanan Kokurikulum     :  En. Zakariah bin Harun                                                    
       iv. Penyelia Petang                    :  Pn. Ruzita bt Abd. Rahman                                    
       v.  Penyelaras PSS                    :  Pn. Sakdah Bt Zakaria                                  

Pusat Kegiatan Guru           : Bukit Selambau  
                                                
Daerah                               : Kuala Muda/Yan

Luas Kawasan Sekolah        : 8.016 Ekar                Berumput:        6.33 Ekar  


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Lalang telah siap dibina pada tahun 2000.  Walau bagai mana pun, ia hanya mula beroperasi pada 1 Januari 2001 dengan jumlah pelajar seramai 62 orang bersama 11 orang guru dan 2 orang kakitangan bukan akademik secara menumpang di SK Amanjaya dan SK Sungai Lalang.  Pada 27 Disember 2001 bangunan sekolah telah diserah secara rasmi untuk memulakan sesi baru tahun berikutnya.  Akhirnya pada 5 Januari 2002, Sekolah Kebangsaan BandarBaru Sg. Lalang mula beroperasi di bangunan sendiri dengan jumlah murid 983 orang bersama 35 orang guru dan 2 orang staf sokongan.  Kini, jumlah murid telah meningkat kepada 1721 orang.  Seramai 101 orang guru dan 7 orang staf sokongan  sentiasa bersedia mendidik dan melaksanakan operasi sekolah sepenuhnya.  Kini, SKBBSL telah beroperasi dengan 2 sesi persekolahan kerana jumlah murid yang ramai dan keupayaan kelas pula adalah terhad.





Antara guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini ialah :

1.  Puan Eshah Bt Awg Talib (01.01.01 - 16.02.05 ... bertukar ke SK Taman Ria)
2.  Puan Rohimah Bt Tujin (16.02.05 - 16.05.10 ... bersara)
3.  En. Che Rosli B Ibrahim (16.05.10 - 31.12.12 ... bertukar ke SK Seri Kuala)
4.  En. Zulkefli B Isa (01.01.13 - sekarang)


LOGO SEKOLAH



Logo Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang direkabantuk dalam dua komponen utama iaitu simbol-simbol dan warna-warna.  Komponen-komponen tersebut mengambil kira semua aspek dan membawa maksud yang tersendiri sesuai dengan penubuhannyadi permulaan abad ke 21.

Tafsiran
a) Bentuk asas.
Berbentuk bulatan yang melambangkan keazaman dan kesepaduan setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan visi dan misi sekolah.

b) Lambang-lambang.
Buku yang berada di tengah-tengah logo melambangkan komitmen murid-murid sekolah ini yang sentiasa dahagakan ilmu.  Ia juga melambangkan minat membaca yang ditanam dalam minda setiap warga SKBBSL yang manjadi asas budaya ilmu.

Obor yang menyala melambangkan kecemerlangan pelajar dalam semua bidang yang diceburi yang juga menjadi matlamat warga sekolah.

Tiga Bulatan yang saling terikat melambangkan komitmen sekolah terhadap tiga bidang utama iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid dan ko-kurikulum.

Gear yang mempunyai enam bilah melambangkan pendidikan asas yang bermula di peringkat rendah daripada tahun 1 hingga tahun 6.  Ia merupakan permulaan sistem pendidikan secara formal.

Planet melambangkan hasrat sekolah untuk turut terlibat dalam menerapkan penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan kehendak wawasan negara.  Ia juga membawa maksud kepekaan warga sekolah terhadap kepentingan memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.

Suku Bulatan Merah Putih melambangkan penguasaan kemahiran komputer dan teknologi maklumat selaras dengan kehendak Wawasan Pendidikan.

Jalur Merah Putih melambangkan percambahan daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menjana kecemerlangan.

Bulan Sabit yang menaungi logo melambangkan kesucian dan ketelusan dlam menuntut ilmu serta prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan pencipta alam semesta.

c) Warna

Logo SKBBSL mempunyai empat warna asas iaitu biru, kuning, putih dan merah yang membawa pengertian berikut:

Biru melambangkan semangat permuafakatan yang jitu antara pihak sekolah, waris, murid serta anggota masyarakat dalam usaha memajukan bidang pendidikan yang menjadi asas pembangunan dan kemajuan negara.

Kuning melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.  Ia juga menggambarkan ciri-ciri sahsiah dan etika hidup murni yang menjadi matlamat warga sekolah ini.

Merah melambangkan semangat yang kental dan berkobar-kobar dalam jiwa setiap warga SKBBSL ke arah mencapai kecemerlangan.

Putih menggambarkan keikhlasan dan keluhuran warga sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan.  Ia juga melambangkan persekitaran fizikal sekolah yang bersih, ceria dan kondusif dalam membantu memperingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

d) Motto
Motto "Kecemerlangan Pendidikan" ini dipilih seiring dengan motto Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman iaitu 'Sederap Melangkah Ke Hadapan'.  Sehubungan itu, warga SKBBSL sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal-ehwal murid, ko-kurikulum dan kecerian.   Kecemerlangan Pendidikan yang hendak dicapai adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.


BENDERA SEKOLAH




Bendera SKBBSL di rekabentuk bagi mempamerkan imej dan identiti sekolah serta memupuk keharmonian dan kesepaduan di kalangan guru dan murid agar berusaha meningkatkan martabat institusi pendidikan untuk terus bersaing dalam semua peringkat.  

BENTUK BENDERA

Bendera SKBBSL berbentuk segiempat tepat.  Terdapat dua jalur berwarna merah dan biru yang bersambung ke pepenjurunya.  Di Tengah-tengah jalur terletak logo sekolah.

SAIZ BENDERA.

Bendera yang dihasilkan berukuran 160 cm panjang dan 75 cm lebar.  Bulatan logo terletak di tengah-tengah bendera mempunyai jejari berukuran 15 cm.  Setiap jalur mempunyai ketebalan 10 cm.

TAFSIRAN

Bendera SKBBSL terdiri daripada logo sekolah yang berlatarbelakangkan warna kuning dan jalur merah biru.

Warna Kuning di pilih sesuai dengan visi sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dan berketrampilan dalam semua bidang.  Ia juga melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Jalur Merah dan Biru yang mengunjur dari penjuru ke penjuru bendara melambangkan usaha warga sekolah untuk mengembangakan potensi individu dan sumber yang ada secara optimum melalui pemuafakatan dan semangat yang kental.  Jalur biru melambangkan pemuafakatan dan jalur merah melambangkan semanagat yang kental.  

Logo Sekolah yang terletak di tengah-tengah bendera melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENCIPTA LOGO DAN BENDERA

Logo dan bendera SKBBSL direkacipta hasil daripada sumbangan idea dan kreativiti semua warga perintis SKBBSL seramai 9 orang yang terdiri daripada 7 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan iaitu:

1.  Pn. Eshah Bt Awg Talib - Guru Besar
2.  En. Abdul Jamil B Nazri - Guru
3.  En. Mohd Asri B Ahmad - Guru
4.  En. Zakariah B Harun - Guru
5.  En. Abdul Rahman B Itam - Guru
6.  Pn. Fadzilah Bt Morat - Guru
7.  Pn. Noor Amirzenah Bt Othman - Guru
8.  Pn.Rosbiyani Bt Mohd Radzi - Pembantu Tadbir
9.  En. Muhammad Safrizan B Suib - Pembantu Am Rendah.


LAGU SEKOLAH

Lagu SKBBSLtelah dicipta oleh salah seorang guru SKBBSL iaitu En. Zakariah B Harun.

LIRIK LAGU SKBBSL

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru,
Tempat kami menimba ilmu,
Guru mendidik tak mengira waktu,
Doa ibunda selalu bersamaku.

Agama dijunjung ilmu dicari,
Bakti dicurahkan pada pertiwi,
Saling bantu membantu pasti tercapai,
Kecemerlangan pendidikan.

Keindahanmu menawan hatiku,
Kejayaanmu kebanggaan kami,
Namamu kan tetap dijunjung tinggi,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru.

Tiada ulasan: