Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Ahad, Oktober 13, 2013

Lawatan Rumah Seri Kenangan Bedong.

Pada tanggal 5 September 2013, seramai 40 orang pengawas pusat sumber telah di bawa melawat ke Rumah Seri Kenangan, Bedong.  Bertolak dari sekolah pada jam 2.30 petang dengan menaiki bas, kunjugan ini telah disambut dengan baik oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertugas pada hari itu. Lawatan ini juga turut disertai oleh 9 orang guru.

Sebelum melawat para penghuni, rombongan ini telah diberi sedikit taklimat ringkas dan juga penyampaian sedikit buah tangan yang telah disumbangkan oleh AFFIN BANK, Cawangan Sungai Petani dan juga guru-guru SKBBSL.  Seterusnya para pelajar di bawa melawat ke wad-wad yang menempatkan para penghuni rumah tersebut.  Di sini, para pelajar dibenarkan untuk bermesra dan bertanya khabar berita para penghuni.  Para pelajar juga turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni.


















Di akhir lawatan, para peserta telah berkumpul di lobi utama pejabat dan di beri rumusan oleh pegawai yang bertugas tentang pentingnya sentiasa menghormati dan menghargai orang tua.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pagawai dan juga kakitangan Rumah Seri Kenangan Bedong, serta pihak AFFIN BANK yang turut menaja minum petang para serta serta guru-guru pengiring yang turut menjayakan program ini
.






Pameran Bulan Kemerdekaan 2013

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Pusat Sumber Al-Ghazali dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan telah menganjurkan Pameran Kemerdekaan bertempat di Bilik Tayangan.

Pameran tersebut telah berlangsung selama satu bulan bermula 17 Ogos 2013 hingga 16 September 2013.  Satu kuiz literasi maklumat telah diadakan dan disertai oleh para pengunjung pameran.  Seramai 28 orang pelajar telah terpilih sebagai pemenang kuiz tersebut.






















Hadiah telah disampaikan oleh En. Zulkefli B Isa, Guru Besar SKBBSL.