Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, November 24, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Pada 12 dan 13 November 2010, satu Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan.  Perkhemahan yang diketuai oleh En. Suhaimie B Shihabudin selaku Kem Komandan ini telah disertai oleh seramai 100 orang pelajar tahun 6 dari 4 unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM dan juga Puteri Islam.  Semua peserta telah diiringi oleh guru penasihat masing-masing.  Aktiviti bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 4.00 petang dan diikuti oleh taklimat khas oleh Kem Komandan.  Seterusnya para peserta telah memasang dan mendirikan khemah masing-masing di kawasan padang sekolah sebelum mengikuti solat berjemaah dan juga ceramah agama yang disampaikan oleh tetamu jemputan.  Sebelum tidur, para peserta telah menikmati suasana malam dalam keadaan gelap gelita dalam aktiviti "Burung Hantu".  Seawal 4.00 pagi, peserta telah dibangunkan untuk mengikuti Qiamulai sebelum solat subuh.  Selepas bersarapan, para peserta telah menjalani latihan kawad kaki dan diadili oleh para pengadil sejam kemudian.  Para peserta juga telah belajar menyediakan masakan secara perkhemahan, rawatan kecemasan dan "Ikhtiar Hidup" sebelum perkhemahan tamat.  Pemenang keseluruhan perkhemahan telah dimenangi oleh kumpulan TKRS.  Aktiviti perkhemahan telah tamat pada jam 6.00 petang dan para peserta telah bersurai.  Tahniah diucapkan kepada ahli jawatan kuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2010 dan juga para peserta kerana telah menjayakan perkhemahan pada kali ini.
Pendaftaran peserta di meja urusetia.














Taklimat oleh Kem Komandan.


Memasang dan mendirikan khemah.


















Solat berjemaah dan bacaan yasin.
Aktiviti burung hantu.














Latihan dan pertandingan kawad kaki.
Aktiviti memasak.















Rawatan kecemasan.

Ikhtiar hidup.















Peserta perkhemahan.




Sabtu, November 13, 2010

Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Pada hari Khamis, 11 November 2010, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan.  Sehubungan itu, satu majlis telah diadakan untuk mengumumkan keputusan dan pencapaian pelajar dalam UPSR oleh En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL.  


Jamuan PSS

Jamuan Akhir tahun Pusat Sumber Al-Ghazali telah diadakan pada hari Isnin, 8 Oktober 2010. Bertempat di Pusat Sumber Al-Ghazali, semua guru dan pengawas pusat sumber telah dijemput.  Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk meraikan semua pengawas pusat sumber yang telah bekerja keras sepanjang tahun menjalankan operasi di puast sumber.  Di samping itu, majlis ini juga untuk meraikan ahli jawatankuasa kerja dan juga semua guru yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.  Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pengawas pusat sumber.

Selasa, November 02, 2010

Undangan ke Jamuan Akhir Tahun PSS.

Pusat Sumber Al-Ghazali


Undangan.....
Assalammualaikum...

Bukan lancang sebarang lancang,
Lancang membawa si kayu jati;
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat dihati.

Lancang tua muatan jerami,
Lancang beratap laksamana Bugis;
Jemput semua ke majlis kami,
Majlis ditetap bagai ditulis.

Isnin, 8 November 2010,
11.30 pagi - 1.30 petang,
Pusat Sumber Al-Ghazali, SKBBSL.

Lancang kami di Tanjung Jati,
Singgah tadi memunggah serai;
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Ahli jawatankuasa,
Pusat Sumber Al-Ghazali.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kembara Buku 1 Malaysia

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Lalang merupakan salah satu antara 11 buah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan yang terpilih mengikuti Program Kembara Buku 1 Malaysia.  Seramai 2 orang guru dan 8 orang pelajar telah mengikuti program tersebut yang berlangsung selama 3 hari bermula 26 Oktober 2010 hingga 28 oktober 2010 bertempat di BTP, Kedah.  Program ini adalah anjuran bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.

Antara aktiviti yang diikuti oleh para pelajar adalah aktiviti info hunt, di tiga lokasi terpilih iaitu kilang MODENAS, Tanjung Dawai dan Muzium Padi, Gerak Gempur Galakan Membaca, Kuiz Galakan Membaca dan Resensi Buku bersama penulis.  Sementara itu, guru-guru pula telah mengikuti kursus pendek Pengenalan Penterjemahan dan Penulisan Buku.

Perasmian penutupan telah berlangsung di Dewan Al-Farabi, BTPN Kedah yang telah disempurnakan oleh Hj Abdullah B Saad, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.  Pada Majlis ini juga, En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL dan 10 lagi Guru Besar/Pengetua sekolah yang terlibat menerima sumbangan berupa buku dari MBKM yang di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Peserta Kembara Buku bersama guru pengiring.















Pengenalan Penterjemahan oleh Cik Nur Idatul  Akmal Bt Zulkipli,
Pusat Penterjemahan Negara.

Penulisan buku didamapaikan oleh En. Hassan Basri Budiman.


Cepat jawab!



Kuiz cepat jawab.


Tekun mendengar dan menjawab soalan kuiz.

Bergambar bersama En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SKBBSL.

Bagi pihak sekolah, Jawatankuasa Pusat Sumber Al-Ghazali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dalam program ini.  Terima kasih.



Rabu, Oktober 13, 2010

Kemaskini data i-nilam.

NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu program oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam langkah untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar.  Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca, program ini memberikan ganjaran yang setimpal kepada pelajar berdasarkan jumlah bacaan mereka.

Bagi sesi persekolahan 2010, data NILAM perlu dikemaskini secara online oleh guru-guru NILAM, iaitu guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  menggunakan program IQPSS, Tarantula sebelum 14.10.2010.  Dengan jumlah pelajar seramai 2092 orang pelajar, guru-guru NILAM disekolah ini telah menjalankan tugas mereka dengan penuh komited dan kerjasama.  Sehingga kini, rekod bacaan murid telah dikemaskini sehingga bulan September.  Pengurusan Pusat Sumber Al-Ghazali dan juga Setiausaha NILAM merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

"Membaca Amalan Saya"

Jumaat, September 24, 2010

Terima kasih guru pelatih.

 
Zaki dan Dhana

Ben dan Reza



Terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih dari IPSAH yang telah membantu menyiapkan lukisan moral di dinding Pusat Sumber.  Pihak pengurusan Pusat Sumber Al-Ghazali sangat menghargai sumbangan anda.

Khamis, September 23, 2010

Pusat Sumber Al-Ghazali

Pusat Sumber Al-Ghazali telah dirasmikan oleh Puan Rohimah Bt Tujin pada 25 April 2010.  Terletak di tingkat dua bangunan sekolah, pusat sumber ini telah beroperasi semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2001. Pusat sumber ini memuatkan pelbagai jenis bahan bacaan dan juga rujukan seperti buku-buku, majalah, akhbar dan pelbagai bahan dan peralatan elektronik yang sesuai digunakan oleh semua lapisan warga SKBBSL untuk pembelajaran. Selain mempunyai bilik tayangan, yang telah sedia ada, terdapat juga sudut-sudut lain yang turut diwujudkan dan masih di dalam proses penambahbaikan seperti sudut bercerita, sudut pameran, sudut kreatif dan juga ruangan SAL. Cadangan menamakan pusat sumber sekolah bersempena dengan nama tokoh-tokoh ilmuan Islam adalah untuk menonjolkan fungsi pusat sumber sebagai satu gedung ilmu