Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, November 24, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Pada 12 dan 13 November 2010, satu Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan.  Perkhemahan yang diketuai oleh En. Suhaimie B Shihabudin selaku Kem Komandan ini telah disertai oleh seramai 100 orang pelajar tahun 6 dari 4 unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM dan juga Puteri Islam.  Semua peserta telah diiringi oleh guru penasihat masing-masing.  Aktiviti bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 4.00 petang dan diikuti oleh taklimat khas oleh Kem Komandan.  Seterusnya para peserta telah memasang dan mendirikan khemah masing-masing di kawasan padang sekolah sebelum mengikuti solat berjemaah dan juga ceramah agama yang disampaikan oleh tetamu jemputan.  Sebelum tidur, para peserta telah menikmati suasana malam dalam keadaan gelap gelita dalam aktiviti "Burung Hantu".  Seawal 4.00 pagi, peserta telah dibangunkan untuk mengikuti Qiamulai sebelum solat subuh.  Selepas bersarapan, para peserta telah menjalani latihan kawad kaki dan diadili oleh para pengadil sejam kemudian.  Para peserta juga telah belajar menyediakan masakan secara perkhemahan, rawatan kecemasan dan "Ikhtiar Hidup" sebelum perkhemahan tamat.  Pemenang keseluruhan perkhemahan telah dimenangi oleh kumpulan TKRS.  Aktiviti perkhemahan telah tamat pada jam 6.00 petang dan para peserta telah bersurai.  Tahniah diucapkan kepada ahli jawatan kuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2010 dan juga para peserta kerana telah menjayakan perkhemahan pada kali ini.
Pendaftaran peserta di meja urusetia.














Taklimat oleh Kem Komandan.


Memasang dan mendirikan khemah.


















Solat berjemaah dan bacaan yasin.
Aktiviti burung hantu.














Latihan dan pertandingan kawad kaki.
Aktiviti memasak.















Rawatan kecemasan.

Ikhtiar hidup.















Peserta perkhemahan.




Tiada ulasan: