Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, Februari 13, 2013

Minggu Pusat Sumber


Minggu Pusat Sumber telah diadakan pada 25 Julai hingga 31 Julai 2010.  Bersempena dengan bulan membaca, tema minggu PSS adalah "Membaca Amalan Saya"  Minggu PSS telah dirasmikan oleh En. Che Rosli B Ibrahim, Guru Besar SK Bandar Baru Sg. Lalang.  Pelbagai aktiviti diadakan melibatkan seluruh warga sekolah.  Antaranya ialah bicara buku, pertandingan melukis kulit buku tahap 2, pertandingan mewarna kulit buku tahap 1 dan prasekolah, kuiz terbuka pelajar, kuiz kenali PSS untuk guru serta penganugerahan pengunjung setia PSS.  Minggu PSS diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi fungsi PSS sebagi satu tempat rujukan yang terpilih di kalangan warga sekolah.



Pameran buku oleh Syarikat Alim Harmony,
Legenda Heights, Sg. Petani.


Kuiz terbuka menguji pengetahuan pelajar tentang Pusat Sumber
dan sekolah


Pemenang pertandingan melukis kulit buku.


Pemenang kuiz guru bagi sesi pagi -
Puan Syarifatul Laili Bt Jumain.


Penerima anugerah pengunjung setia PSS -
En. Abdul Rahman B Mansor.


Pemenang kuiz guru bagi sesi petang -
Pn Salina Bt Ibrahim.


Pemenang pertandingan mewarna kulit buku
kategori pra-sekolah.

 Pihak pengurusan Pusat Sumber Al-Ghazali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah mengambil bahagian dan bersama-sama menjayakan program ini.

Tiada ulasan: