Selamat datang.......

Selamat datang ke blog PSS Al-Ghazali SKBBSL. Kenali PSS kami di sini... "Membaca Amalan Saya".







Pengikut

Rabu, Mac 20, 2013

Majlis Persaraan Puan Rohimah

Majlis Persaraan Puan Rohimah

Pada 6 Mei 2010, satu majlis telah diadakan untuk meraikan Puan Rohimah Bt Tujin yang akan bersara pada 11 Mei 2010. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Guru Besar dari PKG Bukit Selambau, Wakil daripada PKG Bukit Selambau, AJK PIBG dan seluruh warga SKBBSL. Dalam Majlis tersebut, Puan Rohimah telah menerima hadiah dan cenderamata dari seluruh warga SKBBSL selepas memotong kek sempena persaraan dan juga hari lahir beliau yang ke 56. Selepa menekan kekunci tamat perkhidmatan beliau pada hari tersebut, Puan Rohimah telah di arak kelua menaiki kenderaan berhias sambil melambaikan tangan sebagai tanda selamat tinggal kepada seluruh warga SKBBSL. Pada waktu petang pula, Puan Rohimah telah diraikan dalam satu jamuan ringan bertempat di SP INN oleh seluruh kakitangan sekolah. Semua warga SKBBSL mendoakan semoga Puan Rohimah sentiasa sihat, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta meneruskan perjuangan beliau dalam mendidik anak bangsa. Selamat bersara diucapkan kepada Puan Rohimah. Terima Kasih Cikgu!


Tiada ulasan: